Saturday, 24 December 2011

Mewah.

Hari demi hari bergerak merentas masa,siang bertukar malam,malam diteman bulan bergerak dingin bersama bayu pagi dan menyerahkan kembali tugas untuk bersinar kepada sang matahari.detik – detik yang aku lihat pada jam dinding bergerak rancak dan ego tanpa mempedulikan siapa pun yang telah ketinggalan di belakang.detik –detik tadi telah membesar dan berubah kepada jam yang lama dan bertukar kepada sehari dan sebulan dan setahun dan sedekad dan seabad dan sezaman.

Saudaraku,Aku dimana?aku masih di sini,masih lagi aku yang dulu,masih setia dengan diriku sendiri,tapi apa yang membezakan kita??apa??taraf kehidupan yang terlalu berbeza,dari latar belakang mewah,hidupmu senang tanpa perlu risau apa yang akan mendatang kerana,engkau lahir dengan ditemani lampu kalimantang,aku hanya lolos ke dunia dengan cahaya malap lampu minyak tanah yang tidak disenangi baunya.

Saudaraku,Engkau membesar dengan kerancakan dunia yang sedang membangun,engkau dibantu oleh mereka yang amat menyayangi dirimu,engkau hidup sombong,bongkak dan tak tahu menilai apa itu susah.Aku!!?,Aku membesar disebalik kerancakan dunia yang sedang membangun,namun aku tertinggal di belakang kerana tak mampu menurut kehendak hati yang bergejolak seperti dirimu.aku hanya dibantu dengan sedikit keringat dan bantuan tulang empat kerat sahaja.

Sedarlah saudaraku, kemewahan yang kau kecapi hari ini hanyalah datang dari keringat orang lain yang membanting tulang demi menjamin keselesaan hidupmu, dan bukan dating dari kudrat dirimu sendiri.Aku tahu kau mampu, aku tahu kau bisa, aku tahu boleh, aku tahu kau ngerti.

No comments:

Post a Comment