Thursday, 13 March 2014

Jauhnya.


Jauh!,
Jauh sudah berjalan, diusia jagung masak.
Jauh lagi untuk untuk kita pergi, sebab janji dengan Pencipta masih belum kita penuhi,
Jauh lagi, tapi makin dekat, dah dekat dah.

Dekat, dah dekat sangat dah dengan kita,
kenapa kita selalu macam tu?
selalu endah tak endah,
muka tak malu, janji dah buat segan silu buat tak tahu,
seru selalu ada, jangan tunggu,
nanti kita susah, takdak sapa nak tolong kita.

Iskh, 
Leka, Main,
Main lagi.
Tiang mana? Rumah Kau kukuh ka?
Kata nista, berfoya foya, jarum jam tik tok tik tok,

Kiamat,


Thursday, 12 April 2012

DESKRIMINASI

Manusia yang KAMJAT akan melakukan apa saja cara kejahatan dalam menampakan  kebaikanya di mata manusia yang lain.

berlakunya deskriminasi di sini.....
~Tidak sedarkah yang dia begitu jelik dan begitu angkuh??
~Tidak sedarkah dia bahawa dia telah menzalimi persahabtan dan hubungan hanya kerna sikap nya yang "memang tak boleh belah"??
~kalau kita bodoh jangan pulun kat diri sendiri saja, bagi kat orang lain sama
~Dia seperti Seekor siput yang khabarnya berlari kencang seperti ribut, namun pada hakikatnya 
"slow nak mampuih".

Ya Allah Ya Tuhan ku, tunjukanlah kepada mereka yang sombong, cakap pandai, sembang besaq dan segala - gala perbuatan yang sememangnya buruk di mata kami apatah lagi disisiMu, apa itu erti penyesalan.

aku bencikan deskriminasi, kerana, ada yang terluka dan ada yang gembira.
aku bencikan kroni, kerana ia menuju kepada kejatuhan sebuah institusi.

Tuesday, 27 December 2011

Aku Sekarang.

Alhamdullah,setelah merata tempat aku mencari,baru kini aku temui sebuah kerja yang mungkin selama ini aku idamkan.Bagi aku,ia lebih bagus daripada menjadi seorang despatch yang terpaksa bergerak jauh merentas kawasan mengunakan motorsikal.selepas 14 hb nov 2011,tak perlu lagi aku berkejaran menghantar dokumen – dokumen orang yang tidak pernah menghargai jasa dan kepenatan seorang despatch,selapas 14 hb nov 2011 ini juga aku tidak akan lagi perlu untuk ke Gunung Keriang,Alor Janggus,Ayer Hitam,Sanglang,Megat Dewa,Kerpan atau ke Pendang mengunakkan Highway yang sebulum ini telah menyebabkan aku demam dek kerana bersua panas dan hujan tanpa mengira ketika serta mengalami sedikit kemalangan kecil yang telah menyebabkan lutut aku sakit.

Kerja yang aku maksudkan itu adalah,aku telah diterima bekerja sebagai kerani cabuk di sebuah firma guaman di Simpang Kuala.Sebelum ini aku amat mengidamkan kerja seperti ini kerana tidak perlu aku mengerah kudrat empat kerat aku sepenuhnya kerana bukan kerana aku memenjakan tubuh badan aku,namun,kehendak dunia sekarang ini sememangnya begini.Aku juga berhak mendapatkan kerja ini kerana apa gunanya aku membuang masa ke sekolah,mengadai masa selama du tahun yang sia – sia di STPM dan hasilnya aku tidak dapat ke Universiti??Bagi aku,ini adalah yang terbaik buat masa ini,dugaan yang bakal aku hadapi aku sendiri masih belum tahu,hanya allah yang maha esa,mengetahui segala apa yang bakal berlaku.

Namun,aku sendiri masih jua bertanya – tanya pada diri aku sendiri,adakah tindakan aku berhenti kerja sebagai despatch di ABX itu berbaloi??aku rasa aku telah ada jawapan jika aku kenang kembali 2 bulan yang lepas,aku harus buang masa pagi ku menunggu barang yang lambat sampai,menyusun segala dokumen dan parcel yang berat,bawa motor dan hantar kepada mereka yang kadang – kadang sombong dan bodoh sombong,lari berkejaran mengejar masa,pickup waktu petang yang memenatkan sehinggakan aku tidak dapat menikmati masa rehat ayng sempurna seperti rakan – rakan sekerja aku yang lain.aku tidak menyalahkan kerja aku,namun aku meneyalahkan diri aku ini sendiri,mengapa harus ini keputusanya?

Dalam masa yang sama aku harus memperbaiki kelemahan diri aku yang kadang aku sendiri membenci perwatakan aku sendiri dimana selalu berpura – pura meneyukai sesuatu namun apabila melakukannya hanya hangat – hangat taik ayam sahaja.aku masih menaruh impian untuk memiliki sebuah kereta MAZDA 808 yang kelihatan antik dan vintage itu,namun aku masih tak dapat memenuhi hasrat aku tersebut kerana aku sendiri masih belum mempunyai wang yang mengcukupi bagi membeli kereta tersebut.aku turut menpunyai hasrat besar yang lain seperti memiliki satu kemudahan internet atau jalur lebar agar aku tidak lagi perlu bersusah payah untuk pergi ke cyber cafĂ©.

Dan apa yang amat penting adalah, segala apa yang aku perkatakan di baris atas telah aku alami sekarang.Aku bersyukur dapat diterima bekerja di syarikat ini.(Tawfeek Badjenid & Patners).

Semasa menjadi Runner

11.11 pm,11 November 2011..(nak habaq kata tarikh cun)

2 hari terakhir aku dalam ABX,aku terpaksa pergi ke Pendang bagi menghantar surat CIMB dan KFC di sana,sesampainya aku di Tol Plus Pendang,rantai motor aku terkeluar dari sproketnya,keadaan tersebut telah membuatkan tungganganku menjadi sedikit terganggu.>akibat daripada kejadian itu,aku tak dapat untuk menunggang laju.Satu perasaan serabut muncul dan menyebabkan aku resah.Memandangkan hari hari jumaat,sudah semestinya kedai servis motor tutup,jika ada pun,mesti jauh dari tempat kejadian.

Alhamdullilah,Allah itu maha esa,dan maha mengasihani aku hambanya yang kerdil lagi hina ini,dalam peluh mencari kedai motor,aku berjumpa dengan dua orang budak yang aku anggap adik kerana mereka kelihatan lebih muda daripada aku,jadi aku bahasakan diri aku abang kepada mereka.Aku meminta pertolongan kepada mereka untuk meminjam sebilah sepanar bersaiz 17 untuk aku betulkan rantai motor aku yang kendur ini.Tanpa sempat aku berkata minta tolong.mereka telah menghulurkan bantuan untuk membetulkan rantai motor aku tanpa sebarang bayaran.sungguh mulia budi pekerti mereka,aku mengagumi mereka.Hanya ucapan terima kasih dapat aku hunuskan kepada mereka,dan aku berlalu dalam menyelesaikan tugas aku yang masih tertunda akibat rosaknya motor aku tadi.

Selepas selesai aku hantar surat ke CIMB dan KFC,aku singgah di sebuah kedai makan di pekan Pendang untuk ku isi perut ku yang kosong dan berehat menghilangkan dahaga.10 minit berlalu,aku terus bingkas bangun untuk pulang.Aku singgah sebentar di steyen minyak untuk ku tambah kuantiti minyak di dalam tangki motor ku.Sejurus itu,aku terus memecut laju dengan kelajuan 120 kmj di atas Highway.tidak sampai 15minit,aku samapai ke lencong barat dan terus aku tuju ke rumahku untuk berehat.Memandangkan waktu untuk aku pick – up ada lebih kurang 1 jam.aku gunakan masa sepenuhnya untuk menghilangkan penat dirumah.

Saturday, 24 December 2011

Mewah.

Hari demi hari bergerak merentas masa,siang bertukar malam,malam diteman bulan bergerak dingin bersama bayu pagi dan menyerahkan kembali tugas untuk bersinar kepada sang matahari.detik – detik yang aku lihat pada jam dinding bergerak rancak dan ego tanpa mempedulikan siapa pun yang telah ketinggalan di belakang.detik –detik tadi telah membesar dan berubah kepada jam yang lama dan bertukar kepada sehari dan sebulan dan setahun dan sedekad dan seabad dan sezaman.

Saudaraku,Aku dimana?aku masih di sini,masih lagi aku yang dulu,masih setia dengan diriku sendiri,tapi apa yang membezakan kita??apa??taraf kehidupan yang terlalu berbeza,dari latar belakang mewah,hidupmu senang tanpa perlu risau apa yang akan mendatang kerana,engkau lahir dengan ditemani lampu kalimantang,aku hanya lolos ke dunia dengan cahaya malap lampu minyak tanah yang tidak disenangi baunya.

Saudaraku,Engkau membesar dengan kerancakan dunia yang sedang membangun,engkau dibantu oleh mereka yang amat menyayangi dirimu,engkau hidup sombong,bongkak dan tak tahu menilai apa itu susah.Aku!!?,Aku membesar disebalik kerancakan dunia yang sedang membangun,namun aku tertinggal di belakang kerana tak mampu menurut kehendak hati yang bergejolak seperti dirimu.aku hanya dibantu dengan sedikit keringat dan bantuan tulang empat kerat sahaja.

Sedarlah saudaraku, kemewahan yang kau kecapi hari ini hanyalah datang dari keringat orang lain yang membanting tulang demi menjamin keselesaan hidupmu, dan bukan dating dari kudrat dirimu sendiri.Aku tahu kau mampu, aku tahu kau bisa, aku tahu boleh, aku tahu kau ngerti.

Aku Dan Kerjaya Aku Sendiri.

Assalamualaikum Dunia Baru?.Dunia Baru yang aku kawal oleh minda aku sendiri.Perlahan – lahan aku gerakkan jari – jemari kasar ku yang semakin begerutu dimamah kerjaya yang kurang menentu di dahiku!.Aku usap sekadar meneguk keselesaan sementara,yang aku sendiri tak tahu sampai bila mampu aku jaga.Keringat muda yang aku ada pada waktu,masa,ketika dan saat ini akan cuba aku perah demi menjamin kelansungan hidup yang serba tak kena ini.Mengapa perlu aku turutkan semua permintaan hati ini?sedangkan jiwa dan batinku menjadi hamba kepada arus Dunia Baru yang aku cipta ini?Jawapan disebalik setiap persoalan yang aku hunuskan melalui media minda lalu aku salurkan ke tinta tanpa dakwat ciptaan manusia ini hanyalah sekadar bermuhasabah diri aku sendiri,kerana,telalu banyak dugaan yang aku hadapi dalam perjalanan mendewasakan diri ini.

Tak perlu aku ungkapkan,semua tahu semua ngerti betapa pentingnya kerjaya dalam kehidupan manusia,tanpa kerjaya dapatkah kita menyuap rongga nafsu makan kita dengan sempurna?dapatkah kita litupi susuk tubuh kita dengan busana idaman kegilaan kita?dapatkah kita usung diri ini kemana sahaja kita mahu tanpa transportasi masa kini?Hubungan??!bagaimana?tanpa gadjet mudah alih yang sering kita bimbit kesana kemari?bagaimana pula dengan kehendak kita yang sememangnya tak pernah menang dengan nafsu “mahu” kita?,Sukar jawabanya,walaupun kita ajukan kepada anak – anak kecil,mereka juga seolah – olah tahu akan kepentingan semua kehendak Dunia Baru ini.Jika diturutkan kata hati ini,aku tak mahu kerja,aku tak mahu buat apa – apa,aku nak dok saja.Namun sebelah hati aku lagi memaksa demi kebaikan katanya “tak dak reja hang nak makan apa??”Lalu hati ini turut bermadah “Beginilah caranya jika mahu teruskan hidup dalam zaman serba memaksa,serba tak kena,serba serbi segalanya!!”.


Thursday, 6 October 2011

kerjaya

walaupun payah untuk aku tempuhi.namun tetap aku gagahi.
susah sungguh nak mencari sesuap nasi,dulu masa kita kecik - kecik kita syok ja mintak macam - macam kat parents kita,la ni baru tau betapa seksanya parents kita nak bagi kita makan.beringatlah,kalu kita senang jangan la mewah - mewah sangat.terok cari duit ni hampa tau dak!!..