Alhamdullah,setelah merata tempat aku mencari,baru kini aku temui sebuah kerja yang mungkin selama ini aku idamkan.Bagi aku,ia lebih bagus daripada menjadi seorang despatch yang terpaksa bergerak jauh merentas kawasan mengunakan motorsikal.selepas 14 hb nov 2011,tak perlu lagi aku berkejaran menghantar dokumen – dokumen orang yang tidak pernah menghargai jasa dan kepenatan seorang despatch,selapas 14 hb nov 2011 ini juga aku tidak akan lagi perlu untuk ke Gunung Keriang,Alor Janggus,Ayer Hitam,Sanglang,Megat Dewa,Kerpan atau ke Pendang mengunakkan Highway yang sebulum ini telah menyebabkan aku demam dek kerana bersua panas dan hujan tanpa mengira ketika serta mengalami sedikit kemalangan kecil yang telah menyebabkan lutut aku sakit.
Kerja yang aku maksudkan itu adalah,aku telah diterima bekerja sebagai kerani cabuk di sebuah firma guaman di Simpang Kuala.Sebelum ini aku amat mengidamkan kerja seperti ini kerana tidak perlu aku mengerah kudrat empat kerat aku sepenuhnya kerana bukan kerana aku memenjakan tubuh badan aku,namun,kehendak dunia sekarang ini sememangnya begini.Aku juga berhak mendapatkan kerja ini kerana apa gunanya aku membuang masa ke sekolah,mengadai masa selama du tahun yang sia – sia di STPM dan hasilnya aku tidak dapat ke Universiti??Bagi aku,ini adalah yang terbaik buat masa ini,dugaan yang bakal aku hadapi aku sendiri masih belum tahu,hanya allah yang maha esa,mengetahui segala apa yang bakal berlaku.
Namun,aku sendiri masih jua bertanya – tanya pada diri aku sendiri,adakah tindakan aku berhenti kerja sebagai despatch di ABX itu berbaloi??aku rasa aku telah ada jawapan jika aku kenang kembali 2 bulan yang lepas,aku harus buang masa pagi ku menunggu barang yang lambat sampai,menyusun segala dokumen dan parcel yang berat,bawa motor dan hantar kepada mereka yang kadang – kadang sombong dan bodoh sombong,lari berkejaran mengejar masa,pickup waktu petang yang memenatkan sehinggakan aku tidak dapat menikmati masa rehat ayng sempurna seperti rakan – rakan sekerja aku yang lain.aku tidak menyalahkan kerja aku,namun aku meneyalahkan diri aku ini sendiri,mengapa harus ini keputusanya?
Dalam masa yang sama aku harus memperbaiki kelemahan diri aku yang kadang aku sendiri membenci perwatakan aku sendiri dimana selalu berpura – pura meneyukai sesuatu namun apabila melakukannya hanya hangat – hangat taik ayam sahaja.aku masih menaruh impian untuk memiliki sebuah kereta MAZDA 808 yang kelihatan antik dan vintage itu,namun aku masih tak dapat memenuhi hasrat aku tersebut kerana aku sendiri masih belum mempunyai wang yang mengcukupi bagi membeli kereta tersebut.aku turut menpunyai hasrat besar yang lain seperti memiliki satu kemudahan internet atau jalur lebar agar aku tidak lagi perlu bersusah payah untuk pergi ke cyber cafĂ©.
Dan apa yang amat penting adalah, segala apa yang aku perkatakan di baris atas telah aku alami sekarang.Aku bersyukur dapat diterima bekerja di syarikat ini.(Tawfeek Badjenid & Patners).