Tuesday, 27 December 2011

Semasa menjadi Runner

11.11 pm,11 November 2011..(nak habaq kata tarikh cun)

2 hari terakhir aku dalam ABX,aku terpaksa pergi ke Pendang bagi menghantar surat CIMB dan KFC di sana,sesampainya aku di Tol Plus Pendang,rantai motor aku terkeluar dari sproketnya,keadaan tersebut telah membuatkan tungganganku menjadi sedikit terganggu.>akibat daripada kejadian itu,aku tak dapat untuk menunggang laju.Satu perasaan serabut muncul dan menyebabkan aku resah.Memandangkan hari hari jumaat,sudah semestinya kedai servis motor tutup,jika ada pun,mesti jauh dari tempat kejadian.

Alhamdullilah,Allah itu maha esa,dan maha mengasihani aku hambanya yang kerdil lagi hina ini,dalam peluh mencari kedai motor,aku berjumpa dengan dua orang budak yang aku anggap adik kerana mereka kelihatan lebih muda daripada aku,jadi aku bahasakan diri aku abang kepada mereka.Aku meminta pertolongan kepada mereka untuk meminjam sebilah sepanar bersaiz 17 untuk aku betulkan rantai motor aku yang kendur ini.Tanpa sempat aku berkata minta tolong.mereka telah menghulurkan bantuan untuk membetulkan rantai motor aku tanpa sebarang bayaran.sungguh mulia budi pekerti mereka,aku mengagumi mereka.Hanya ucapan terima kasih dapat aku hunuskan kepada mereka,dan aku berlalu dalam menyelesaikan tugas aku yang masih tertunda akibat rosaknya motor aku tadi.

Selepas selesai aku hantar surat ke CIMB dan KFC,aku singgah di sebuah kedai makan di pekan Pendang untuk ku isi perut ku yang kosong dan berehat menghilangkan dahaga.10 minit berlalu,aku terus bingkas bangun untuk pulang.Aku singgah sebentar di steyen minyak untuk ku tambah kuantiti minyak di dalam tangki motor ku.Sejurus itu,aku terus memecut laju dengan kelajuan 120 kmj di atas Highway.tidak sampai 15minit,aku samapai ke lencong barat dan terus aku tuju ke rumahku untuk berehat.Memandangkan waktu untuk aku pick – up ada lebih kurang 1 jam.aku gunakan masa sepenuhnya untuk menghilangkan penat dirumah.

No comments:

Post a Comment