Wednesday, 17 August 2011

Kawan lama.




Ramadhan ini menemukan aku kembali dengan kawan – kawan aku yang lama,apa yang aku ingin maksudkan disini ialah,rakan – rakan kelas di sekolah rendah dan menengah dahulu.ada yang menyapa,ada yang buat – buat tak perasan sedangkan kenal,ada yang dah lupa,dan ada yang masih ingatkan kita,walaupun kita sendiri sudah melupakanya,namun dia sedikit pun tak melupakan kita.

Dalam aku sibuk meniaga dengan abang aku,ada sahabat yang lalu lalng di hadapan kedai dengan menunggang dan membonceng.ada yang aku lihat sudah berkereta,kahwin,ada anak,kerja bagus,segak – segak tambah kawan – kawan perempuan.baru – baru ni aku di sapa oleh teman lama ku di sekolah rendah dahulu di dalam laman sosial “FESBUK”,dia kenai aku,tapi aku lansung tak ingat dia,lama – lama sikit baru nak boleh “recall” balik,ingat la sikit – sikit kat dia.pa yang mengejut kan aku,macam mana la yang aku boleh tak “recognize” dia ni.”hahahahahahahahaha’kata besar aku bila difikirkan.

Apa yang aku dapat ialah,ingatan kembali kepada kawan – kawan lama yang lama sangat aku tak jumpa,alhamdullillah,syukur ke hadrat ilahi,masih di panjangkan usia bagi ku untuk bertemu dengan sahabat –sahabat yang telah lama menghilang ni.Amin.

Tuesday, 9 August 2011

Kanji.



Date ; 9 hb August 2011

Dulu masa aku kecik – kecik,bila bulan posa ja dalam pukui 4.30 mak aku suruh aku p masjid.bukannya p semayang,tapi p ambik kanji.Berbekalkan sebuah jar air yang kosong,aku kayuh “gerek” sorang – sorang tengah panaih.ala time ni aku bukan posa pun,relek ja lah.Sampai ja masjid,aku p letak bahagian depan tempat depa dok kacau Kanji dalam kawah “empat telinga”orang tua –tua la panggil,maksudnya periuk besar,yang boleh masak 2,3 orang dalam periuk tu.

Kanji ni kalau orang selatan sebut Bubur Lambok,area Utara ni sebut Kanji ni memang sedap,dulu time bukak posa ja,lepaih teguk ayaq,aku teruih bantai kanji 2,3 mangkuk.nasi pakai letak tepi la jawabnya.dalam kanji ada daging,udang.perghhh!!! tu yang buat aku tak tahan nak makan selalu.Sekarang ni dah dekat 7,8 tahun dah aku tak p ambik kanji kat masjid,tadi masa aku dok meniaga,kawan Angah mai bagi 2 bungkus bubur kanji,seronok la rasa,macam nak makan “la la tu jugak”,Tiba waktu buka posa 7.36 p.m tadi.lepas minum ayaq,aku makan la bubur kanji tu,tapi sayang,dulu tak macam la,orang dulu masak sedap,la ni dah kureng sikit rasanya ha.udang pun kurang,daging pun aku tak jumpa.

Mungkin sebab tukang masak tu tak berapa terer kot,tapi tak pa la,bubur tu tetap ada lagi,masak sedap tu bila –bila pun boleh pun boleh lagi.Janji KANJI masih ada.

Kehilangan sahabat



Date ; 8 hb august 2011

Aku begitu terkejut bila mendengar khabar kematian 2 orang rakan dibangku sekolah dahulu dalam masa yang singkat sahaja,Pada petang 5 hb ogos bersamaan 5 Ramadhan yang lalu,Zul kawan kelas aku semasa di Form 6 mai kat kedai aku,bagitau yang Leha dah meninggal dunia,aku tidak berapa pasti akan apa yang menyebabkan dia meninggal,aku begitu terkejut dan terkedu,seperti tak percaya,seharian aku memikirkan apalah nasib yang menimpa dia.Kali terakhir aku melihatnya semasa dia datang makan di kedai bersebelahan tempat aku berkerja di Stadium Darul Aman 3 minggu yang lepas.aku Nampak dia,tapi segan untuk menegur,mungkin dia juga segan.”tup – tup”,dia telah pergi buat selama – lamanya.

Dan,tak sempat sehari pun berita tentang kematian Leha reda,tiba – tiba,pada 6 Ramadhan,Fizi yang kebetulan mai rumah aku dan membawa satu lagi khabar sedih takkala seorang lagi sahabat kami meninggal dunia iaitu Pali Wahab,akibat dilanggar lori tanah di Sik,Kedah.sungguh aku pasrah dengan nasib yang menimpa Pali Wahab,lebih kurang 3 minggu yang lepas juga dia menyapa aku dari atas motorsikal semasa kami sama – sama hendak menuju ke tempat kerja masing – masing,masih terngiang – ngiang suaranya di telinga aku.dan tidak aku sangka,di turut pergi buat selama – lamanya.

Walaupun aku tidak mengenali diri mereka dengan begitu rapat tapi amat memberikan ikhtibar pada aku dan rakan – rakan yang lain jugak.Mereka meniggalkan dunia di dalam usia yang masih muda dan muda dari aku 2 tahun dari aku dan sebaya dengan aku.Masih banyak benda yang masih belum mereka tempuhi.Namun,Allah lebih menyayangi mereka.

Ikhtibar terbaik untuk aku dan semua manusia di luar sana,kematian aku akan dating mencari kita,walaupun dimana,dan berapa pun usia kita.Al – fatihah untuk sahabat yang aku kenal dengan nama “Leha”,dan “Pali Wahab”

Ketawa Sampai Sedih.




Date ; 6 hb August 2011.

Apa yang boleh aku gambarkan adalah kesakitan dan kepedihan yang melanda Pancaindera utama aku,iaitu MATA,dalam keseronokan ketawa riang masa aku dok main game ngan Megat,Wujdi dan Amirul masa pukui 3.15 a.m kat wargate,mata aku masuk habuk.

Ya Allah,aku lupa dan khayal dengan wayang dunia,sehingga di timpa musibah yang bagi orang lain kecil tapi amat menyeksakan bagi diri aku.akibat daripada kejadian,aku terpaksa log out awal dan terus balik rumah.”Gu” dengan distance “rumah aku yang tak berapa nak dekat” (jauh) dengan CC wargate jalan Pegawai.Insaf rasa,sebab aku terpaksa bawak motor kapcai aku dalam keadaan mata sebelah tertutup,agak sukar,namun kena la pulun bagi sampai,dalam keadaan ni jugak baru aku tau betapa susahnya orang buta bergerak bila mana mata yang dapat memberikan sight untuk kita melihat tiada dalam kamus hidup depa.

Dan aku juga redha dengan apa yang berlaku,sebab masa habuk masuk mata aku tu time aku tengah syok punya gelak dengan kawan – kawan aku,”tup – tup” di timpa musibah sedemikian rupa.Orang tua – tua ada berpesan,”jangan syok sangat satgi nak rgheyau”.aku harap kita pun jangan la terlampau seronok,ingat benda nak jadi tak habaq kat kita.

Pasang Surut.




Date ; 3 Ramadhan/August 3 2011.

“Pasang Surut??Awat pasai pa pulak dah??Ada ayaq pasang naik ka??Ka ayaq surut”,mungkin ni la ayat “Loyer buruk” aku,tapi maksud aku adalah untung hari ni tak macam hari mula – mula meniaga,sedih pun ada,tapi bila pikiaq – pikiaq balik nothinglah,sebab meniaga ni kena la berani ambik risiko,so “risikonya pun telah mendatangkan kali ni nye ha”HAHAHAHAHA..cakap terbalik macam Johan betui ka??arr lantak la.

Masa dok syok – syok bungkuih ayaq,tiba – tiba datang la Penguat Kuasa Bandaran,adoiii,dalam hati dok pikiaq nak kena saman dah ni,berenti la bungkuih ayaq tu sat,bukan nya ada pa pun,depa nak check ada permit ka dak ja pun,lega,tapi besok angah kena la p buat permit niaga sebulan Rm 100,mula – mula tu ketaq jugak,besa la tak besa hadap situasi cam ni,dah kena baru nak tau,lawak pulak rasa.

Letih La Jugak!!

Date ; 2 Ramadhan/2 August 2011.

Hadooooooooooiiiiiiii…ni la sebutan Johan raja lawak atau lebih tepat lagi maharaja lawak,aku pun kalau boleh nak guna jugak ayat ni sebab aku rasa aku telah melalui situasi yang mana telah menghilangkan segala kudrat tak makan sehari.memang aku “mangkit soq” tapi tu la,sebab reja terlampau banyak aku kena buat.Biasalah,bukan senang nak senang,walaupun aku bukan orang senang,masalah yang aku hadapi ni lansung takda kena mengena dengan gores dan menang.Sambung cer…Nampak gaya letih ni membantu aku untuk aku rehat sejenak.Dalam lingkungan pukul 5.15 tu aku mintak kat Angah nak balik rehat sat kat rumah,so dia kena la jaga kedai sorang – sorang sa,pai pukui 6,nasib bek la jugak ada Abang Man teman,boleh la depa sembang – sembang.Abang Man hari ni baru start meniaga sebelah meja kami di bawah satu bumbung.Di sebabkan keletihan,aku balik “lena sat” sampai pukui 6 baru aku ‘cargas” p tolong Angah kat kedai.

Lepas berbuka tepi jalan dengan meneguk air 100 plus serta membedal laksa semangkuk,kami kemas tutup kedai,selesai kemas – kemas barang,aku terus balik rumah kat kg,hantaq mak p teraweh,aku boleh lagi balun lena sampai pukui 11,nasib baik la Angah mai hantaq mak balik rumah lepas teraweh.sengaja aku mangkit pada pukul 11.30,siap – siap aku keluar ke cyber cafe wargate sorang – sorang,sebab amirul,megat dan wujdi tak mau keluaq.


Wednesday, 3 August 2011

Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang Maha Pemurah.



DATE ; 1 ramadhan/1hb August 2011.

Syukur pada Allah,tu lah saja kata – kata aku yang mampu aku terbitkan daripada mulut aku sendiri “lepaih” aku ngan angah aku dapat sedikit hasil daripada “kick start” berniga di bulan Ramadhan al – Mubarak nih.Aku amat yakin yang bulan Ramadhan ni menjadi lubuk rezeki kepada mereka yang rajin usaha,perlu sedikit effort untuk push semua nih.Hari ni,semua ayaq yang aku bancuh habis terjual jugak.Rasa berbaloi,walaupun angah tak dapat cover lagi modal barang niaga dia.Walaupun untung dapat tak banyak mana,tapi boleh la sikit – sikit.Masa mula nak niaga tadi,macam – macam problem nak kena hadap,besa la mana ada senang nak dapat senang.dan bukan senang nak senang – senang,meskipun takda kena mengena langsung ngan peraduan gores dan menang.

Main problem kami,payah nak cari tempat “nega”,rata tempat cari,sebab nak macth ngan orang yang nak mai beli,p mai – pi mai jumpa jugak kat Taman Bersatu jugak,lega,tak gaduh nak kena berangkut p jauh – jauh dah.Lepaih spare and sumbat barang – barang nak juai masuk “lam” “reta” kami p pasang khemah,bukak meja lipat,hampaq tikaq,letak balang,bancuh ayaq,bungkuih,pastu juai kat customer – customer budiman.Masa bulan posa ni payah nak bancuh ayaq,sebab tak boleh rasa,nasib baik pengalaman dalam bidang ni banyak membantu,tak rugi aku “reja” bancuh ayaq merata tempat,maklum lah cari pengalaman,dapat jugak la aku bancuh ayaq tanpa di rasa terlebih dahulu.Ada setengah pendapat ulamak cakap,rasa benda makan tanpa “telan” takpa,makhruh hukumnya.tapi aku tak buat pun camtu,takot “satgi” orang kata aku tak posa plak,lagi naya.

Hari ni dan hari seterusnya dalam bulan “posa” nih,kena la berbuka di tepi jalan,tak dan nak balik makan ngan family kat rumah,tak pa la,tak kisah,janji masyuk sikit.Habih meniaga ngah angah aku,kami teruih simpan barang masuk “reta” balik tinggai barang dalam “reta” “berkapaq haq”,ni bukan apa ni,malaeh nak ambik port,letih la katakan,sat saja,paih tu kena kemas jugak.Aku balik rumah sat,mandi – mandi,tak dan nak p “semayang” teraweh (sorry dunia),aku keluaq ngan kancil auto kak ngah p jumpa Megat,Wujdi and Amirul.Lepak kat dataran,paih tu kami buat Routine kami cam besa.layan Counter Strike.

Konpius Tapi Pasti!!.

DATE ; 30 hb julai 2011

Awal pagi

Lepas daripada aku balik hantaq barang kat balik pulau 3 hari lepas,kelmarin aku,angah dan abg man p Pekan Cina kat Alor Setar beli barang,Angah memang semangat nak meniaga,kesian pulak bila tengok dia tak dak modal,dia terpaksa juai motor EX5 dia untuk buat kick start bisnes.Habis beli barang asas macam payung/khemah,meja,balang ayaq, dan barang – barang hak sama waktu ngan dia angah bayaq dekat – dekat rm 370.00 lah secara kasaq,tu pun pueh mintak kurang kat cina hak juai barang tuh.Lepas beli barang aku suruh angah bawak reta p jalan putra nak setel duit motor,aku ingat kan dah habis bila aku byaq rm 310.00 tuh,rupanya kena lagi rm 110.00 untuk bunga sebab lewat bayaq ngan duti stamp dekat – dekat rm 10.00,hadoi,sabaq ja lah.Lepas tu aku ngan angah n abg man p pasar borong billion,nak beli lengkong,p mai p mai jumpa gak la lengkong hak melayu buat,bukan apa nak kan kebersihan,sebab iman kita sebagai orang islam pun mementingkan kebersihan,macam kita belajaq kat kolah dulu – dulu.aku bukan nya pandai sangat bab – bab agama nih,tapi jadilah setakat mengetahui daripada jahil dan buta tentang hal – hal agama sendiri.

Petang sikit.

Aku ngan angah kelam kabut jugak la dok pikiaq macam mana la nak buat besok,mana ngan tapak pun tak jumpa lagi,barang mentah pun banyak lagi tak cukup,kesian pulak kat angah n diri aku sendiri.angah balik rumah beli barang – barang yang patut.Megat mai rumah aku leepaih dia balik hantaq adik dia kat perlis.kami dua orang bertungkus lumus cat rim reta ford escort dia.dia tak berapa terer,dia la kata,ntah – ntah terer dari aku lagi.lepaih nak maghrib aku hantaq mak aku p semayang teraweh,pas tu megat pun balik rumah.malam nya lepaih mak aku balik dari teraweh dalam pukoi 10.50,aku keluaq p aloq setaq jumpa wujdi.megat n amirul.kami lepak kat seven eleven sat,pastu p sarjakhan,pekena ayq dua tiga daih,teruih p stadium.jumpa syed ngan pit kat sana.lepas makan kami ronda – ronda kot uptown stadium.aku ajak depa p beli benda makan untuk soq nanti ngan mak aku di pasar borong,lepaih beli,kami p lawan counter strike kat wargate ramai – ramai.best gila sampai 'ralit'.balik rumah masing – masing koi 2.33.

Juai barang dagangan dan xpdc ke balik pulau bersama Megat dan Amirul.


DATE ; 30 julai 2011,sabtu.

Letih la bila kena kembara jauh.mana tidak nya.kena p hantar barang motor yg orang pesan dari dalam mudah.com kt pulau pinang,area balik pulau plak 2,gila jauh.aku p dengan megat n mirul.kami bertolak dari pukul 1.50 dari alor setar sampai balik pulau pukoi 4 lebih jugak la.pening nak cari jalan.sebelum kami p 2 aku kena la boh duit minyak reta rm 30,sebab barang ni hak aku punya so kena la aku korban sikit,tak kan nak harap member kot,dah member bagi reta kita boh la minyak.bawak punya bawak kami sampai kt butterworth.malaih nak naik jambatan so kami ambik feri,boleh la lepak2 kena angin laut sikit.lebih kurang 15 minit naik feri,sampai la kami kt penang.aku turun tanya abang teksi kat terminal tu.dia habaq la jalan sekali imbas cam tu ja.aku teruih ngan mirul n megat p balik pulau.lama la jugak tera nak sampai.letih gila.masa dalam reta aku mesej la ngan buyer tu.budak umoq 18 taun.fuh penat,kena lalu jalan bayan lepas,batu maung,bukit jambul,relau,puspakaom teluk kumbar paih tu sampai la.lepaih selesai juai barang lega rasa time nak balik pun rasa cam dekat ja ha.budak tu huloq 3 rat kat aku cam yang aku janji ngan dia,pastu kami blah.megat tak larat bawak reta,mirul plak ambik alih jadi driver.aku malaih nak bawak reta sebab tak cekap lagi.biaq la,nanti pun boleh bawak reta.kami berenti makan kat bayan baru,depan ngan pulau kecik kt tengah ;aut tu.aku pun tak tau pulau apa.pekena nasik goreng besa teloq mata ngan ayaq oren,kenyang!!.pukoi 7.30 kami pun nak blah balik.kami ambik feri lagi,saja la,nak try experience naik feri waktu malam.time nak naik tu kena beratoq dekat setengah jam.jadi boring terok kot.laih2 boleh naik gak.lepaih naik feri,kami p boh minyak reta sebab dah nak habis,3o ringgit mana tahan p sampai balik pulau kot.tambah rm 15,aku kawtim ngan megat n mirul sorang 5ringgit,jadi la sampai gak a.s.sebelum tu masa kt relau,wan hantaq meseg ajak jamm,so kena la booking kat time tunnel pukoi 10.time ni la megat bawak reta laju cam pelesit kot highway nak balik aloq setaq.aku nagn angah boleh bagi lena dah.tak sedaq habaq dah time ni.megat ngan pening kepala dari tukaq driver ngan mirul lagi masa kat balik pulau kena la bawak reta sorang2.cucuk angina reta 4x4 sampai gak kt kat tol stargate aloq staq.time ni la jamal talipon tanaya ada tang mana,kami kata tunggu sat nah,satgi kami sampai.megat kata nak hantaq aku balik dulu,tapi tak jadi la masa sampai a.s pun dah pukoi 9.54.kami teruih p time tunnel.jamal ngan wan masuk jamming dah dulu sebab kami lambat.hahahahaha.masuk jamm practice lagu kami 2 3 daih habih pukoi 11.20 gak la.paih jamming teruih balik rumah.aku tidoq teruih la lepaih tulis ni .wasalam.

Tuesday, 2 August 2011

jajahan Nazha Rocka??

Awat yang dok tulis title jajahan Nazha Rocka pulak ni??Soheh hampa semua tanya punyalah.Saja ja aku boh nama tu,sebab aku nak bergerak bebas dalam blog aku ni sendiri.baru ja buat.

 Kadang rasa teringin pulak nak "kompos" catatan yang ada dalam minda ni macam member - member hak lain jugak.Dulu aku dah buat,tapi haremmmmm!! aku tak reti nak guna pun ha,Blog aku hak tu pakai lingkup cam tu ja ha,tak tau la kali ni pandai ka dak lagi aku pun tak tau la.

Dalam Blog ni aku sengaja guna bahasa basahan,loghat kedah,sebab aku sayang bahasa aku ni,kecik - kecik lagi dah "tera" cakap Kedah.kat hampa yang tak berapa paham bahasa Kedah tu,tanya la aku,kalau boleh tolong aku habaq la kat hampa.Takda pa noh!! Saja nak "terai"..

hahahahahahahakpetuih!!..