Date ; 8 hb august 2011
Aku begitu terkejut bila mendengar khabar kematian 2 orang rakan dibangku sekolah dahulu dalam masa yang singkat sahaja,Pada petang 5 hb ogos bersamaan 5 Ramadhan yang lalu,Zul kawan kelas aku semasa di Form 6 mai kat kedai aku,bagitau yang Leha dah meninggal dunia,aku tidak berapa pasti akan apa yang menyebabkan dia meninggal,aku begitu terkejut dan terkedu,seperti tak percaya,seharian aku memikirkan apalah nasib yang menimpa dia.Kali terakhir aku melihatnya semasa dia datang makan di kedai bersebelahan tempat aku berkerja di Stadium Darul Aman 3 minggu yang lepas.aku Nampak dia,tapi segan untuk menegur,mungkin dia juga segan.”tup – tup”,dia telah pergi buat selama – lamanya.
Dan,tak sempat sehari pun berita tentang kematian Leha reda,tiba – tiba,pada 6 Ramadhan,Fizi yang kebetulan mai rumah aku dan membawa satu lagi khabar sedih takkala seorang lagi sahabat kami meninggal dunia iaitu Pali Wahab,akibat dilanggar lori tanah di Sik,Kedah.sungguh aku pasrah dengan nasib yang menimpa Pali Wahab,lebih kurang 3 minggu yang lepas juga dia menyapa aku dari atas motorsikal semasa kami sama – sama hendak menuju ke tempat kerja masing – masing,masih terngiang – ngiang suaranya di telinga aku.dan tidak aku sangka,di turut pergi buat selama – lamanya.
Walaupun aku tidak mengenali diri mereka dengan begitu rapat tapi amat memberikan ikhtibar pada aku dan rakan – rakan yang lain jugak.Mereka meniggalkan dunia di dalam usia yang masih muda dan muda dari aku 2 tahun dari aku dan sebaya dengan aku.Masih banyak benda yang masih belum mereka tempuhi.Namun,Allah lebih menyayangi mereka.
Ikhtibar terbaik untuk aku dan semua manusia di luar sana,kematian aku akan dating mencari kita,walaupun dimana,dan berapa pun usia kita.Al – fatihah untuk sahabat yang aku kenal dengan nama “Leha”,dan “Pali Wahab”
No comments:
Post a Comment