Assalamualaikum Dunia Baru?.Dunia Baru yang aku kawal oleh minda aku sendiri.Perlahan – lahan aku gerakkan jari – jemari kasar ku yang semakin begerutu dimamah kerjaya yang kurang menentu di dahiku!.Aku usap sekadar meneguk keselesaan sementara,yang aku sendiri tak tahu sampai bila mampu aku jaga.Keringat muda yang aku ada pada waktu,masa,ketika dan saat ini akan cuba aku perah demi menjamin kelansungan hidup yang serba tak kena ini.Mengapa perlu aku turutkan semua permintaan hati ini?sedangkan jiwa dan batinku menjadi hamba kepada arus Dunia Baru yang aku cipta ini?Jawapan disebalik setiap persoalan yang aku hunuskan melalui media minda lalu aku salurkan ke tinta tanpa dakwat ciptaan manusia ini hanyalah sekadar bermuhasabah diri aku sendiri,kerana,telalu banyak dugaan yang aku hadapi dalam perjalanan mendewasakan diri ini.
Tak perlu aku ungkapkan,semua tahu semua ngerti betapa pentingnya kerjaya dalam kehidupan manusia,tanpa kerjaya dapatkah kita menyuap rongga nafsu makan kita dengan sempurna?dapatkah kita litupi susuk tubuh kita dengan busana idaman kegilaan kita?dapatkah kita usung diri ini kemana sahaja kita mahu tanpa transportasi masa kini?Hubungan??!bagaimana?tanpa gadjet mudah alih yang sering kita bimbit kesana kemari?bagaimana pula dengan kehendak kita yang sememangnya tak pernah menang dengan nafsu “mahu” kita?,Sukar jawabanya,walaupun kita ajukan kepada anak – anak kecil,mereka juga seolah – olah tahu akan kepentingan semua kehendak Dunia Baru ini.Jika diturutkan kata hati ini,aku tak mahu kerja,aku tak mahu buat apa – apa,aku nak dok saja.Namun sebelah hati aku lagi memaksa demi kebaikan katanya “tak dak reja hang nak makan apa??”Lalu hati ini turut bermadah “Beginilah caranya jika mahu teruskan hidup dalam zaman serba memaksa,serba tak kena,serba serbi segalanya!!”.
No comments:
Post a Comment